Friday 19 June 2015

19 May 2014 to 20 Jun 2015..so looooonnnnnggggg!!!

salam cinta..
whattttt!!!! 19 May 2014 to 20 Jun 2015 setahun tu aku tak usik blog nie
dan setahun tu jugak la aku dah berhijrah dari kl ke pekan pahang..
tempat najib tu PM malaysia..stay with my lovely wife..sepanjang aku stay kat pekan nie
macam2 hal berlaku,macam2 perkara terjadi..dari dok umah kecil sampai umah besar ( sewa aje )
dari dok berdua sampai dok berlima kemudian jadi bertiga..dari kg parit tengah ke kg pulau jawa..
dari tak berkerja meniaga nasi lemak kejap lepas tu kerja security sampai syarikat security aku keja tarik diri..lepas tu meniaga cbs..buat dj/emcee dan sekarang nie ketika aku menulis semula blog aku ini masa nie dalam puasa yang ke tiga bulan ramadhan untuk tahun 2015 dan puasa tahun ke2 aku bersama dia..

seorang wanita yang aku sayang tp kadang2 aku tak menunjukkan sayang aku..hehehe funny..
aku nie pelupa sikit kalau bab tarik kawin.kalau tak silap aku bulan 12 tahun 2015 nie akan genap la aku 3 tahun berkahwin dengan si dia..masih tidak diberikan zuriat..but aku happy sbb allah bg aku mertua yang baik..sbb aku dah xda mak..si dia lak perangai mcm budak2 serba serbi ada so aku tak heran la sangat sbb perangai dia dah leh wat aku happy..cuma aku jenis tak menunjuk sangat sbb sayang pada definasi aku bukan dengan kata2 tetapi perbuatan..

gaduh???
gaduh memang la sentiasa ada beb..bukan orang la kalau tak bergaduh..tp dalam bergaduh tu kadang2 lawak ada kadang2 tak masuk akal bergaduh pun ada tp asam garam rumah tangga so kena la tempuh.but sebab dia aku bernafas..sbb dia jantung aku..apa sahaja perangai dia aku terima sbb dia isteri aku..dia kawan aku..sahabat aku..teman sekatil aku..dan insyallah ibu pada anak2 aku..

siapa dia????
NORASHIKIN NORDIN MY SOUL MATE TILL JANNAH!!!!!


Monday 19 May 2014

Angah Raja Lawak..sama ke?


Asalammualaikum Cinta




Asalammualaikum cinta..ok entry ke2 dari aku yang sedang aku buat nie pada ari isnin ( 19 Mei 2014 ) jam 9.05 mlm nie di opis aku ketika ini.Topik dia siapa aku?siapa aku?hehehe aku budak gemuk yang sudah 34thn diberi nafas oleh allah dan memberi daya serta kekuatan badan untuk bekerja..dan kepada yg terbaca entry nie terima kasih sebab boleh stay membaca sampai habis,terima kasih banyak yew..ok nak perkenalkan diri nama betul fazrin tapi kenalan memanggil aku along dan cinta hati lak memanggil aku yayah??yayah apa ke pelik panggilan tu udah macam aku nie ayah dia pulak..tp tak apa la lain orang lain cara dia menunjukkan kasih sayang..tapi apa-apa pun aku bersyukur dapat anugerah ini..semua cukup kat dia..kuat degil,kuat merajuk,kuat manja apa kalau orang panggil chengeng..tapi pengalaman mengajar aku menjadi dewasa..hidup aku ada suka dan duka tapi aku tabah mengharunginya..jatuh bangun,di hina tu dah macam mainan bagi aku dah lali..macam gajah kena ubat penenang dah tak rasa apa kalau selalu kena..nak cerita pasal aku dari A sampai Z memang la 4 entry pun belum tentu habis..so sampai sini aje la dapat aku ceritakan..nanti-nanti kita sambung lagi yew..ok asalammualaikum cinta..

Wednesday 7 May 2014

Prelude2Us

ASALAMMUALAIKUM CINTA

Dimulakan dengan Bismillah Segala Puji Bagi Allah Maha Mendengar,Maha Melihat Lagi Maha mengetahui Segala Yang Terjadi di Langit Dan Di Bumi.

Hari ini 07 Mei 2014 Bermula la segala penceritaan diri ku dan insan-insan yang aku sayang..
sekadar luhan hati untuk tatapan mereka yang mengenali aku..Hmmm apa yang aku nak tulis di blog ini?
teringat kembali kata-kata cinta hati ku "Awak janji nak buat blog masa lepas kawin dulu sekarang dah setahun lebih tak ada pun". Betul memang aku pernah luahkan dahulu mungkin sebab dah tua aku lupa..so hari ini tepat jam 09.25 malam hari Rabu 7 Mei 2014 dengan suasana hujan lebat di tempat kerja aku di bandar tun hussin onn ini..bermula la nukilan pertama ku buat tatapan insan yang aku sayang..

Moga blog ini dapat melepaskan rindu jika andai satu hari nanti aku tiada..apa?kenapa aku buat blog ini?
aku terdetik nak buat blog ini sebab aku kagum dengan abil fikri yang buat blog warkah buat isteri..dia adalah orang yang mencetus minat aku nak buat blog sebegini..bukan apa kadang aku terfikir hidup kita nie sampai bila?adakah hari ini kita bernafas esok adakah kita pasti akan bernafas nanti?apa yang aku buat disini hanya lah luahan hati buat tatapan insan tersayang..apa lagi aku nak cakap ye..rasanya dah takda apa nak aku luahkan mungkin di entry seterusnya aku akan ceritakan siapa aku..

"TODAY IM NO BUDDY BUT SOME DAY I WILL B SOME BUDDY"

Asalammualaikum CINTA..